Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, meluahkan kekecewaan kerana segelintir majikan didapati menawarkan gaji tidak setimpal dengan kelayakan dan skop kerja yang perlu dilakukan oleh rakyat tempatan.<br /><br />Menurutnya, kerajaan sedang giat membangunkan ‘talent pool’ yang berkemahiran, produktif dan berpotensi tinggi namun terdapat majikan masih menawarkan pendapatan di bawah paras gaji minimum.