Surprise Me!

Fitness Maskulin : Upper Body Workout Mantap Dan Power!

2022-07-27 5 Dailymotion

JENIS LATIHAN UNTUK MANTAPKAN OTOT DADA ANDA!

1- MUDAHNYA PUSH-UP
Macam kita cakap tadi, anda sedang mencari satu senaman yang paling berkesan dan pantas untuk membina otot dada. Apabila saya berkata senaman tersebut adalah push-up, ramai yang tidak percaya kerana ianya terlalu mudah dilakukan. Tapi, itulah hakikatnya bagi mereka yang inginkan otot dada membidang.

Boleh dikatakan, hampir kesemua atlit bertaraf professional tidak akan tinggalkan latihan push-up. Malah, kalau anda lihat artis-artis berbadan sado (samada daripada Hollywood ataupun artis tempatan), mereka sentiasa melakukan push-up untuk penggambaran filem hero mereka.

2- KELEBIHAN PUSH-UP
Push-up bukan sekadar membina otot dada, malah ia turut melatih otot-otot lain seperti otot perut, belakang (bahagian kepak), otot kaki, otot tangan (triceps), otot bahu, dan otot-otot aksesori yang lain. Pendek kata, ia melatih keseluruhan badan. Oleh itu, ia juga merupakan satu jenis senaman pembakar lemak yang baik (kerana ia menggunakan banyak kalori).

Dari segi pembinaan otot dada, ia mengenakan tekanan yang “secukup rasa” untuk tumbesaran otot anda. Semestinya, adalah lebih baik anda gabungkan dengan latihan gym kerana push-up adalah sejenis senaman pelengkap dan ia adalah pelengkap yang sangat sempurna!

Buy Now on CodeCanyon