Seorang saksi utama pendakwaan mendakwa dia amat menghargai bantuan Lim Guan Eng dan tidak akan membuat keterangan palsu terhadapnya.<br /> <br />Pengarah Eksekutif Kanan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd, Zarul Ahmad Mohd Zulkifli memberitahu mahkamah, ini kerana dia mendapat Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang atas bantuan Lim.
