Azalina Othman Said (BN-Pengerang) membangkitkan kebimbangan sekiranya ada negeri-negeri yang tidak mahu mengikut pindaan dalam RUU Larangan Lompat Parti yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.<br /><br />Azalina berkata, adalah tidak adil apabila pertukaran kerajaan negeri sering berlaku berikutan tindakan melompat parti yang turut dilakukan ahli-ahli dewan undangan negeri.