Polis Johor menghentikan siasatan kes penipuan pembelian hartanah di Pekan Nanas, Pontian membabitkan seorang ahli perniagaan Teow Wooi Huat atau dikenali sebagai Teddy Teow. <br /><br />Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat berkata, keputusan itu dibuat oleh Pejabat Pendakwa Raya kerana ia diklasifikasi sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).<br /><br />Bagaimanapun siasatan terhadap individu tersebut membabitkan kes-kes lain masih diteruskan polis Bukit Aman.
