Banjir sekali lagi melanda Kampung Iboi dekat Baling semalam.<br /><br />Ia merupakan banjir kali kedua selepas bencana yang meragut nyawa dan memusnahkan kediaman di daerah itu awal bulan ini.<br /><br />Menurut beberapa video di media sosial, arus sungai mengalir deras di Sungai Kupang di kampung itu, selepas hujan lebat kira-kira jam empat petang semalam.
