Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mempersoalkan mengapa menteri lain tidak dapat menjawab soalannya mengenai kos sara hidup di Dewan Rakyat ketika perdana menteri tidak hadir.<br /><br />Berikutan itu, Anwar terpaksa melangkau soalan pertamanya semasa sesi soal jawab menteri dan bertanya soalan kedua mengenai langkah persediaan yang dilaksanakan kerajaan sejak tragedi banjir tahun lalu.