DAP akan mencadangkan pindaan kepada perlembagaan parti yang mensyaratkan mana-mana wakil rakyat yang tidak mengikut keputusan parti dalam perkara-perkara tertentu dilucutkan keahliannya.<br /><br />Setiausaha agungnya Anthony Loke Siew Fook berkata, pindaan itu bagi menutup lompang dalam pindaan Perlembagaan Persekutuan berkenaan lompat parti yang telah diluluskan minggu lalu.<br /><br />Menurutnya pindaan itu akan dicadangkan menerusi satu Kongres Khas pada 25 Sept depan.