Perkhidmatan penghantaran makanan di seluruh negara mungkin mengalami gangguan hari ini apabila penghantar makanan untuk beberapa syarikat utama merancang untuk melancarkan mogok 24 jam, mulai malam tadi.<br /><br />Jurucakap salah satu kumpulan itu berkata, mogok berkenaan yang digelar 'Food Delivery Blackout', berpunca daripada dakwaan skala pembayaran tidak adil yang digunakan oleh syarikat perkhidmatan penghantaran makanan.
