Beberapa ibu yang ditemui media di mahkamah hari ini menyatakan kekecewaan mereka susulan keputusan Mahkamah Rayuan menolak kewarganegaraan untuk anak lahir di luar negara oleh ibu warga Malaysia.<br /><br />Terdahulu mahkamah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2021 bahawa ibu warga Malaysia mempunyai hak yang sama seperti bapa warga Malaysia untuk memberikan kerakyatan melalui kuat kuasa undang-undang kepada anak yang lahir di luar negara.
