Op Lejang: JPJ keluar 706 saman di Perak dalam tempoh 8 hari

BERITA SEMASA 8 OGOS 2022

Sebanyak 706 notis saman telah dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak dalam tempoh lapan hari Op Lejang dijalankan bermula 1 Ogos lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.

Jumlah saman atas pelbagai kesalahan itu adalah hasil pemeriksaan ke atas 661 motosikal dengan 17 daripadanya disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kebanyakan motosikal yang disita didapati telah melakukan ubah suai dipercayai tujuan menguji kelajuan, menunggang secara berbahaya dan berlumba haram.

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian