Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang ditetapkan Bank Negara Malaysia secara berperingkat tidak memberi kesan yang ketara kepada golongan B40, kata Timbalan Menteri Kewangan 1 Mohd Shahar Abdullah.<br /><br />Bercakap di Dewan Negara hari ini, Shahar berkata ini kerana satu pertiga pinjaman oleh golongan B40 adalah pada kadar tetap iaitu kebanyakannya bagi pinjaman pembelian kenderaan dan pembiayaan peribadi.