Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, dalam diri orang Melayu memang sukar menerima pemimpin yang rasuah juga tidak jujur serta amanah.

Namun, masalah yang timbul adalah bagaimana untuk keluarkan orang Melayu daripada satu doktrin yang menganggap hanya UMNO sahaja mewakili orang Melayu. Jika keluar UMNO, maksudnya tidak lagi menjadi Melayu!

Mujahid memberi contoh parti Amanah yang mengangkat martabat orang Melayu selain berani mengemuka idea dan fokus kepada perjuangan maruah serta nilai.

Beliau berkata demikian dalam program Bersama Johan Jaaffar pada Rabu, 10 Ogos 2022 jam 3 petang.

Saksikan video penuh di: https://bit.ly/3vVYIMq

#BersamaJohanJaaffar #SinarHarian #maruahmelayu