Kerajaan melalui Bank Negara Malaysia tidak bercadang untuk menambat ringgit kepada dolar AS kerana langkah itu mempunyai risiko dan penggantian yang besar, kata Menteri Kewangan Tengku ZafrulAbdul Aziz.<br /><br />Katanya ianya bukan satu dasar yang terbaik untuk ekonomi Malaysia kerana sekiranya sandaran tambatan ringgit kepada dolar AS dilaksanakan, Malaysia perlu mengikut sepenuhnya dasar monetari negara tersebut.