Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil menggesa kerajaan untuk meminda Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) dengan segera.<br /><br />Pindaan itu bagi mewajibkan pihak seperti iPay88 memberi notis secepat mungkin kepada pihak berkuasa dan mangsa apabila berlaku pencerobohan data.<br /><br />Semalam gerbang pembayaran iPay88 mengesahkan bahawa berlakunya pelanggaran keselamatan siber yang mungkin telah menjejaskan data kad penggunanya.
