Setiausaha Pendidikan Britain, Gavin Williamson memohon maaf selepas membatalkan dasar penilaian peperiksaan yang membuatkan ribuan pelajar lepasan sekolah berusia 18 tahun berkemungkinan gagal mendapat tempat di univerisiti.<br /><br />Permohonan maaf itu menyusul selepas kritikan dan tunjuk perasaan setelah keputusan menggunakan algoritma dianggap tidak adil kerana didakwa menurunkan keputusan pelajar daripada latar belakang yang kurang bernasib baik.
