Pekerja di bandar raya Kuala Lumpur antara yang mempunyai waktu bekerja paling lama dan banyak menghabiskan masa berulang-alik ke tempat kerja berbanding penduduk di bandar lain di seluruh dunia.<br />Kajian dijalankan syarikat teknologi mudah alih, kisi berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) mendedahkan, ibu kota Malaysia itu berada di tangga keempat tertinggi bagi lima bandar raya paling terbeban dengan kerja.
