Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, apa yang pasti KKM telah mengasingkan dan merawat mereka yang positif manakala kontak rapat dikuarantin untuk tempoh 14 hari.<br /><br />Terdahulu, beliau memaklumkan kapasiti maksima 43 makmal COVID-19 setakat Sabtu adalah 29,789 ujian sehari. Bermula pada 1,600 ujian COVID-19 pada Januari dan kini berjaya laksana hampir 30,000 ujian sehari.