Kementerian Dalam Negeri menegaskan kerajaan tidak pernah membenarkan abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, dibawa pulang ke Malaysia.<br />Menurut Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berdasarkan panduan membawa balik dan keluar abu mayat, ahli keluarga atau sesiapa sahaja perlu memaklumkan kepada jabatan Kastam Diraja Malaysia, sebelum proses itu dilakukan.
