Menyedari keperluan peralatan perlindungan peribadi (PPE) yang kian mendesak, Mercy Malaysia mengambil inisiatif menghasilkan keperluan tersebut untuk disumbangkan kepada petugas barisan hadapan di seluruh negara.<br />Timbalan Presiden Tiga Mercy Malaysia, Profesor Dr Shalimar Abdullah berkata, aktiviti tersebut bermula pada 1 April lalu di bawah Penyeliaan Pejabat Kesihatan Daerah Klang.