Angkasawan wanita Amerika Syarikat (AS), Christina Koch menjadi wanita pertama berada paling lama di ruang angkasa selepas 11 bulan berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).<br /><br />Koch selamat mendarat di Kazakhstan pada jam 3.12 petang waktu tempatan bersama dua rakannya, Luca Parmitano, dari Agensi Angkasa Eropah dan Alexander Skvortsov, dari Rusia.
