Ibu bapa mogok anak gagal pindah bangunan sekolah baharu

BERITA SEMASA 14 OGOS 2022

Sekumpulan ibu bapa, alumni dan penduduk desak pihak berwajib menyelesaikan segera isu perpindahan Sekolah Menengah Agama Chuah di Port Dickson, Negeri Sembilan ke bangunan baharu selepas sekian lama anak-anak mereka terpaksa mengikuti pembelajaran di bangunan yang serba kekurangan termasuk kelas diperbuat daripada kabin, lapor wartawan Sinar Harian Syamilah Zulkifli.

Meskipun bangunan baharu telah pun siap dibina dua tahun lalu, namun sekolah itu masih menumpang di kawasan Masjid Kariah Kampung Chuah.

Berikutan itu, seramai 100 individu mengadakan piket secara aman di luar bangunan baharu berkenaan pada Sabtu bagi mendesak pihak berwajib mengambil tindakan lanjut.

Artikel: https://bit.ly/3C7eHew

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian