Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mempertimbangkan tindakan undang-undang pada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) kerana masih tidak meluluskan pendaftaran mereka yang dimohon tiga bulan lalu.<br /><br />Parti yang diasaskan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq itu turut melantik bekas Peguam Negara Tommy Thomas dan Bekas Presiden Badan Peguam Malaysia, Ambiga Sreenevasan untuk menangani isu pendaftarannya.
