Keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak membenarkan permohonan Najib Razak untuk mengemukakan bukti baru dilihat merencatkan hak tertuduh.<br /><br />Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sekiranya bukti-bukti itu tidak kuat sekalipun, panel hakim sepatutnya membenarkan peguam bekas perdana menteri itu mengemukakannya terlebih dahulu.