Polis siasat dakwaan penuntut ‘diganggu’ pensyarah

BERITA SEMASA 18 OGOS 2022

Polis mengesahkan sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan kes gangguan seksual dipercayai dilakukan seorang pensyarah terhadap seorang penuntut perempuan di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam, baru-baru ini.

Ketua Polis Tangkak, Suprintenden Mohd. Fadhil Minhat berkata, kertas siasatan sudah dibuka dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Tambahnya, semua pihak yang terlibat juga telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan, selain beliau juga meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi tentang kes tersebut.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3JOv01i

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa