Pakatan Harapan (PH) berjanji akan meneruskan siasatan mengenai skandal perolehan kapal tempur pesisir (LCS) yang terhenti selepas kejatuhan kerajaan gabungan itu pada Februari 2020.<br /><br />Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil dalam sidang medianya berkata, gabungan itu juga akan melaksanakan strategi yang dikemukakan melalui Kertas Putih Pertahanan.