Timbalan Pendakwa Raya V Sithambaram memberitahu Mahkamah Persekutuan, bahawa Najib Razak memberi amaran kepada Menteri Kewangan II ketika itu, Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah untuk tidak campur tangan dalam urusan SRC dan 1MDB.<br /><br />Sithambaram berhujah, bahawa cara bekas perdana menteri itu menguruskan kedua-dua entiti yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) itu adalah bersifat kuku besi.