PRU15: BN sasar menang 20 kerusi di Johor

BERITA SEMASA 18 OGOS 2022

Barisan Nasional meletakkan sasaran menang 20 daripada 26 kerusi Parlimen yang dipertandingkan di Johor pada PRU15.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sasaran itu diletakkan bagi membolehkan Johor menjadi penyumbang utama kerusi bagi menubuhkan kerajaan pusat yang kukuh selepas PRU15 nanti.

Dalam pada itu, Pengarah Pilihan Raya UMNO itu juga berkata, kunjungannya ke Johor bertujuan untuk melihat persediaan BN Johor bagi menghadapi PRU15 yang boleh diadakan pada bila-bila masa, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Artikel: https://bit.ly/3PCc8UG

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa