Ia bukan persoalan tentang panjang atau pendek, kerana bagi Ismail Sabri Yaakob apa yang lebih penting ialah bagaimana sesuatu tempoh jawatan perdana menteri itu diisi.

Ditanya mengenai perkiraan langkahnya untuk memberikan cadangan kepada Yang di-Pertuan Agong agar Parlimen dibubarkan, Perdana Menteri kesembilan Malaysia itu menjelaskan apa yang menjadi keutamaan ialah perkhidmatan yang diberikan kepada negara.

Ahli Parlimen Bera itu diwawancara media di Putrajaya baru-baru ini sempena setahun pentadbirannya selaku perdana menteri.

Ketika ditanya jika kes mahkamah membabitkan Ahmad Zahid Hamidi turut menyumbang kepada pertimbangan untuk mencadangkan PRU, Ismail menegaskan hubungan peribadinya dengan Presiden Umno itu sangat akrab.

Sumber video: Pejabat Perdana Menteri