Ibu Pejabat Umno Malaysia menjadi tumpuan sejak jam 11 pagi apabila ketua-ketua bahagian Umno di seluruh negara diminta menghadiri satu mesyuarat khas.

Ketua Umno Sungai Besar Jamal Md Yunos memaklumkan, panggilan untuk pemimpin akar umbi parti itu mengadakan pertemuan hari ini dibuat pada malam tadi.

Katanya, sebanyak 158 ketua bahagian dari seluruh negara hadir dan mereka sebulat suara memohon untuk PRU15 diadakan segera.

Pengerusi Umno Sabah, Bung Moktar Radin memberitahu pertemuan tersebut melibatkan isu-isu semasa dan akan disambung pada 5.30 petang ini.