Air mata penyokong iringi Najib di Istana Kehakiman

BERITA SEMASA 23 OGOS 2023

"Saya minta maaf, saya telah berusaha sedaya upaya," kata Datuk Seri Najib Razak di hadapan penyokongnya di pekarangan Istana Kehakiman, Presint 2, Putrajaya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, perjuangan mesti diteruskan sehingga kemenangan berpihak kepadanya.

Di luar mahkamah, sekumpulan besar penyokong bekas perdana menteri itu menitiskan air mata sejurus melihat kelibat Datuk Seri Najib yang melambai tangan dengan raut wajah penuh duka.

Sementara itu, pihak keselamatan juga terus memperketatkan kawalan di dalam dan luar mahkamah bagi menghadapi sebarang kemungkinan.