Tiada keperluan PRK Pekan diadakan: Wan Junaidi

BERITA SEMASA 24 OGOS 2022

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Pilihan Raya Kecil Parlimen Pekan tidak perlu diadakan sekiranya Datuk Seri Najib Razak sah hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.

Menurut beliau, status bekas perdana menteri itu akan ditentukan dalam tempoh 14 hari selepas hukuman dijatuhkan.

Malah, Datuk Seri Wan Junaidi juga memaklumkan sekiranya Datuk Seri Najib tidak mengemukakan permohonan bagi mendapatkan pengampunan diraja, beliau boleh kehilangan kelayakan untuk bertanding dalam PRU15.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3JOv01i

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa