NGO serah memorandum pengampunan Najib di Istana Negara

BERITA SEMASA 24 OGOS 2022

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Rabu, lapor Wartawan Sinar Harian Ahmad Ismadi Ismail.

Presidennya, Syed Mohammad Imran Syed Abdul Aziz berkata, memorandum itu adalah berkaitan pengampunan diraja terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Syed Mohammad Imran bersama 300 penyokong Najib berhimpun secara aman di hadapan Istana Negara bermula jam 2 petang tadi.

Artikel: https://bit.ly/3AJVQFd

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #NGO #Najib #SinarHarian