Kes mahkamah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijadikan propaganda bukan sahaja oleh pembangkang malah oleh Barisan Nasional (BN) dari segi membina persepsi dan meraih sentimen dalam kalangan masyarakat.<br /><br />Penganalisis Keselamatan dan politik, Dr Nirwandy Mat Noordin berkata, ia satu hakikat yang dikesali kerana negara sepatutnya dibina dengan elemen propaganda positif, acuan ilmu dan perkara melibatkan kepentingan rakyat.<br /><br /> Dr Nirwandy berkata demikian ketika program Wacana Sinar Harian Siri 362 bertajuk “Najib ke penjara: Apa kesan kepada BN?” pada Selasa.