Ada dua buah syarikat subkontraktor yang paling banyak mendapat kontrak dari Boustead Naval Shipyard (BNS) dalam projek LCS, kata Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, Wong Shu Qi.

Syarikat tersebut adalah Contraves Advanced Devices Sdn Bhd (CAD), yang kemudiannya melantik Contraves Electrodynamics Sdn Bhd (CED).

CED seterusnya melantik syarikat Perancis DCNS.

Wong Shu Qi berkata demikian ketika program Wacana Sinar Harian Siri 361 bertajuk ‘ LCS: Ada dalam tiada‘ pada Selasa.