Isteri bekas perdana menteri Rosmah Mansor berkata suaminya Najib Razak dalam keadaan sihat dan beliau mengucapkan terima kasih kepada penyokong Najib yang hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.<br /><br />Terdahulu beliau hadir ke mahkamah untuk memberi sokongan kepada suaminya itu yang pertama kali membuat kemunculan selepas menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak Selasa lalu.
