Mahkamah Rayuan sekali lagi menangguhkan keputusan rayuan bekas pengerusi Tabung Haji, Abdul Azeez Abdul Rahim.<br /><br />Ia bagi membatalkan tuduhan menerima rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapinya.<br /><br />Peguam, Amer Hamzah Arshad memberitahu mahkamah bahawa Ahli Parlimen Baling itu dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada jam 3 pagi tadi kerana masalah gastrik.