Bukit Aman mengesahkan bahawa kertas siasatan telah dibuka terhadap Presiden PAS Abdul Hadi Awang berhubung kenyataannya bahawa orang bukan Islam dan bukan Bumiputera paling banyak terlibat dalam jenayah rasuah.<br /><br />Ketua Komunikasi Korporat PDRM, A Skandaguru berkata siasatan sedang dijalankan oleh unit siasatan jenayah terkelas Bukit Aman berdasarkan 28 laporan polis.
