Pengambilan pekerja asing: Majikan mengeluh sistem teruk!

BERITA SEMASA 29 OGOS 2022

Sistem sesi temuduga pengambilan pekerja asing oleh Kementerian Sumber Manusia didakwa tidak teratur dan menyusahkan sehingga mengakibatkan Kompleks D penuh sesak dengan ratusan majikan.

Tinjauan Sinar Harian pada pagi Isnin di kementerian itu mendapati, majikan terpaksa menempuh tiga peringkat sebelum melalui proses ditemuduga.

Setiap majikan yang hadir perlu beratur bagi mendapatkan pas masuk di pondok pengawal Kompleks D sebelum beratur lagi sekali di auditorium untuk mendapatkan nombor giliran.

#BeritaSemasa #KSM #SinarHarian