PKR Perak berhasrat untuk bertanding di lebih 14 kerusi DUN pada Pilihan Raya Umum ke-15, kata Pengerusinya Chang Lih Kang.

Katanya daripada jumlah itu, parti tersebut menyasarkan memenangi 10 kerusi untuk membantu Pakatan Harapan membentuk kerajaan negeri.

Pada PRU14, PKR Perak bertanding di 14 kerusi DUN dan memenangi empat daripadanya iaitu Kuala Kurau, Teja, Simpang Pulai dan Hulu Kinta.

Sumber video: https://www.facebook.com/KeadilanPerak/videos/481447876810816