Padah buat aksi Superman, zig-zag

BERITA SEMASA 29 OGOS 2022

Tindakan seorang remaja lelaki melakukan aksi ‘Superman’ dan zig-zag ketika menunggang motosikal mengundang padah apabila dia ditahan polis berhampiran Plaza Tol Jabor, Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, suspek berusia 18 tahun melakukan aksi ‘Superman’ dengan menundukkan kepala selari dengan meter sambil melakukan aksi zig-zag dari lorong kanan jalan ke lorong kiri secara berulang kali sejauh kira-kira dua kilometer.

Polis telah mengarahkan suspek berhenti, namun enggan dan terus memecut laju menghala ke Plaza Tol Jabor

Artikel: https://bit.ly/3PRuTnn

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa