Peguam kanan, Zaid Ibrahim dan dua rakan kongsinya menuntut Presiden Badan Peguam Malaysia, Karen Cheah memohon maaf berhubung kenyataan media yang dikeluarkan pada 19 Ogos lalu.<br /><br />Zaid serta peguam Liew Teck Huat dan Rueben Mathiavanam mendakwa kenyataan media itu adalah "libel yang serius", dan akan memulakan tindakan undang-undang terhadap Cheah jika dia tidak menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf sebelum 2 Sept.
