Surprise Me!

Debaran tiga kes berprofil tinggi

2022-08-30 1,080 Dailymotion

Debaran tiga kes berprofil tinggi

BERITA SEMASA 30 OGOS 2022

Mahkamah sekali lagi bakal mencuri tumpuan apabila tiga keputusan kes berprofil tinggi akan diketahui dalam tempoh lima hari pertama September ini.

Awal September akan menyaksikan keputusan kes membabitkan Datin Seri Rosmah Mansor akan diketahui, diikuti kes Datuk Seri Bung Mokthar Radin dan isteri Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad pada 2 September manakala kes Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim pula pada 5 September.

Pastinya, tumpuan akan lebih terarah kepada keputusan kes Datin Seri Rosmah, selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan suaminya, Datuk Seri Najib Razak berhubung penyelewengan dana RM42 juta Syarikat SRC International Sdn Bhd.

Artikel: https://bit.ly/3AWrsaw

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa

Buy Now on CodeCanyon