Peguam, Datuk Seri Dr Jahaberdeen Mohamed Yunoos menyatakan rasa hairan bagaimana negara kecil seperti Malaysia boleh mempunyai saiz kabinet yang begitu besar.

Ini menimbulkan persoalan akan apa yang dilakukan oleh kementerian yang banyak itu kerana katanya, negara digerakkan oleh para penjawat awam.

Negara, khususnya dalam kalangan orang muda, jelasnya, perlu ‘dijauhkan’ sedikit daripada terlalu berpolitik kerana ia membantutkan pemikiran rakyat.

Datuk Seri Dr Jahaberdeen berkata demikian dalam program Wacana Sinar Harian Siri 363 bertajuk “Merdeka bukan sekadar slogan” pada Selasa.

Untuk video penuh di https://www.youtube.com/watch?v=1t0huSvaEOA

#WacanaSinar
#SinarUntukMalaysia
#SinarHarian