Kenyataan Azalina timbulkan kejanggalan

BERITA SEMASA 1 SEPTEMBER 2022

Kenyataan dibuat Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berhubung soal lantikan Peguam Negara oleh Perdana Menteri menimbulkan polemik tidak sihat.

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata, kenyataan dibuat Azalina itu juga menimbulkan ketidakserasian, percanggahan dan kejanggalan dengan kedudukannya sebagai Penasihat Undang-Undang Perdana Menteri.

Tambah Fahmi, sekiranya berlaku perubahan terhadap jawatan Peguam Negara terutamanya ketika kes berprofil tinggi masih berjalan, ia akan membawa satu petanda ada percubaan untuk mengganggu institusi kehakiman.

Artikel: https://bit.ly/3KyUU9Q

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa