Lokman Noor Adam menggesa Majlis Kerja Tertinggi Umno mengambil tindakan disiplin ke atas naib presiden parti itu, Ismail Sabri Yaakob yang juga perdana menteri.

Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah hari ini, bekas ahli MKT Umno itu mendedahkan beberapa perjanjian yang kononnya bocor di antara Ismail dan Perikatan Nasional.

Lokman mendakwa bahawa Ismail bersetuju untuk tidak menggantikan peguam negara sekarang dan mengekalkan jawatan semasa kabinet dan GLC yang disandang oleh ahli Bersatu dan PAS.

Sumber video: https://www.malaysiakini.com/news/634186