PRU15: Majlis Syura tentukan logo

BERITA SEMASA 4 SEPTEMBER 2022

Penggunaan logo Pas atau Perikatan Nasional pada PRU15 akan ditentukan oleh Majlis Syura Pas sebelum dibawa ke meja rundingan bersama pimpinan Perikatan Nasional.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, cadangan yang dibangkitkan oleh beberapa negeri itu perlu diperincikan di peringkat parti terlebih dahulu untuk dimuktamadkan.

Menurutnya, setelah usul berkenaan diangkat sebagai keputusan parti, perkara berkenaan akan dicadangkan dalam mesyuarat majlis pimpinan tertinggi Perikatan Nasional, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid dan Roslinda Hashim.

Artikel: https://bit.ly/3CWqmNn

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa