Muktamar Pas: UMNO 'tak sudi' hadir

BERITA SEMASA 4 SEPTEMBER 2022

Pas mempunyai bukti menghantar surat jemputan kepada pucuk pimpinan UMNO termasuk pimpinan di Kedah untuk menghadiri Muktamar Tahunan Pas kali ke-68 di Kompleks Pas Kedah di Kota Sarang Semut, Kedah.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memberitahu, surat jemputan terhadap pimpinan pelbagai parti termasuklah UMNO dan MCA itu dihantar secara fizikal dan secara maya.

Malah, beliau juga memaklumkan, semua jemputan itu dikeluarkan dengan tarikh maklum balas kehadiran ditetapkan pada 20 Ogos lepas, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid.

Artikel: https://bit.ly/3cJESxk

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa