Seorang wanita yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta dituduh membunuh anak kandungnya di Mahkamah Majistret di sini pagi tadi.<br /><br />Tertuduh, warga tempatan bernama Zainah Misdin,34 tahun mengangguk kepalanya sebagai memahami pertuduhan selepas kertas pertuduhannya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Amalina Barisah Md Top.