Pihak berkuasa harus menyoal menteri yang terlibat dalam isu kapal tempur pesisir (LCS) dan bukan timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli yang hanya berkongsi pandangan, kata Anwar Ibrahim.<br /><br />Presiden PKR itu mengulas kenyataan Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani bahawa pihak polis menyimpan telefon bimbit Rafizi sebagai sebahagian proses siasatan.
